ABOUT QR TREES SYSTEM PLUS
Penggunaan sistem kod QR untuk mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan pokok merupakan yang pertama dilaksanakan di Malaysia dan Majlis Perbandaran Klang merupakan perintis di dalam mengadaptasikan teknologi ini. QR Trees System Plus ini cukup mudah dan cepat untuk digunakan. Dengan hanya sekali imbas dengan perisian imbasan QR dari Google Play atau Apps Store, kumpulan sasar akan mendapatkan maklumat berserta gambar terperinci seperti nama saintifik, nama tempatan, kategori keluarga pokok, ketinggian pokok, ukurlilit pokok berserta gambar pokok terbabit yang telah matang atau ketersediaan saiz pokok tersebut yang boleh didapati di pasaran. Dengan cara ini, kumpulan sasar bukan hanya mendapat maklumat pokok bahkan dapat melihat pokok secara fizikal dan dapat mengetahui karakter pokok dengan lebih jelas dan interaktif. Sejajar dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail iaitu Malaysia bakal memiliki akses kelajuan internet terpantas yang menyediakan platform 5G pertama di Asia Tenggara menerusi projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi “Enhanced Malaysia International Internet Gateway” (EM-IIG) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2022, Sistem kod QR pokok ini diramal akan menjadi satu fenomena yang akan digunakan secara meluas di seantero Malaysia.
System kod QR pokok ini merupakan usaha Jabatan Taman dalam menghubungkan Data Inventori Pokok yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Klang pada tahun 2010 dan 2013. Atas dasar keperluan awam dan mesra pengguna ini, kumpulan edu3 terpanggil untuk mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan penggunaan QR Trees System Plus ini kepada kumpulan sasaran.
Pelaksanna projek KIK QR Trees System Plus ini adalah projek hybrid bersama Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Usaha bersama MPK-PPD Klang dalam mengembangkan ilmu kecintaan alam kepada pelajar melalui pendidikan dan teknologi.
Teknologi kod QR(Quick Response) pokok dapat memudahkan pencapaian maklumat pokok oleh para pelajar sekolah secara amnya. Dengan mengunakan teknologi ini, proses capaian data pokok oleh pelajar di lapangan semakin mudah dan lebih pantas disamping kemahiran untuk membuat keputusan dapat dipertingkatkan kefcekapannya selain menjimatkan masa dan kos.
Selain itu, isu kekangan lain juga dapat diatasi seperti:
1. Kekurangan kakitangan pakar pokok
2. Ketiadaan kaunter pokok khusus
3. Pencarian data pokok yang mengambil masa
4. Pemilihan maklumat pokok yang berbeza oleh kumpulan sasar
Hasil yang akan diperoleh:
1. Kelewatan serahan maklumat pokok dapat dieleakkan
2. Tiada lagi kesalahan maklumat pokok
3. Kos membuat Salinan document dapat dihindarkan
4. Kerugian masa kumpulan sasar untuk datang ke pejabat terlebih dahulu berbanding terus ke lapangan untuk mendapatkan maklumat
Selain penggunaan QR Trees System Plus ini yang menjadi wadah penyampaian maklumat pokok kepada kumpulan sasar secara terus, teknologi ini juga boleh dipelbagaikan dengan penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih interaktif seperti web-based assessment dan capaian melalui geodata.